German Marshall Fund
German Marshall Fund

German Marshall Fund

German Marshall Fund of the United States (GMF) ialah kumpulan pemikir dasar awam bukan partisan dan badan pemberi hibah Amerika Syarikat yang bertujuan mendorong kerja sama dan persefahaman antara Amerika Utara dan Eropah.Badan ini ditubuhkan pada 1972 melalui hibah pemerintah Jerman Barat dalam rangka ulang tahun ke-25 Rencana Marshall. GMF melakukan penyelidikan dan analisis terhadap isu-isu transatlantik dan global; mengadakan persidangan pengambil dasar dan pemimpin perniagaan antarabangsa; membuka peluang pertukaran calon pemimpin Amerika Syarikat dan Eropah; dan menyokong inisiatif yang bertujuan memperkuatkan demokrasi.[1] GMF berfokus dalam dasar, kepimpinan, dan masyarakat aaam.[2]GMF berpangkalan di Washington, D.C., dan memiliki cawangan di beberapa bandar di Eropah.[1]

German Marshall Fund

Pembentukan 1972
Lokasi
  • Washington, D.C.
Ibu pejabat 1744 R Street NW
Laman sesawang gmfus.org
Presiden Karen Donfried
Moto Strengthening Transatlantic Cooperation
Kependekan GMF
Jenis Kumpulan pemikir